KAUNTER BAITULMAL & AR-RIQAB DI PROGRAM MOSQUE OPEN DAY MASJID AMINAH AL MUHAIRI SS2, PETALING JAYA

KAUNTER BAITULMAL & AR-RIQAB DI PROGRAM MOSQUE OPEN DAY MASJID AMINAH AL MUHAIRI SS2, PETALING JAYA

310620146 485770736801464 5581593708291086624 n

PETALING JAYA, 9 Oktober 2022 – Semalam Sektor Baitulmal & Sektor Pembangunan Sosial telah dijemput untuk membuka kaunter penerangan pada Program Mosque Open Day yang bertempat di Masjid Aminah Al Muhairi, SS2 Petaling Jaya.

Pelbagai aktiviti yang disusun oleh pihak penganjur bagi memeriahkan lagi program yang berlansung dari jam 9pagi hingga 1petang tadi. Pengunjung juga berkesempatan mendapatkan maklumat dari pelbagai agensi yang membuka kaunter penerangan.

Dalam program yang telah dilaksanakan, pihak MAIS diwakili oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah Sektor Baitulmal telah diberi peluang untuk menyampaikan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan MAIS yang ditawarkan kepada masyarakat.

YB Puan Lim Yi Wei, ADUN Kg. Tunku sempat menjengah ke setiap kaunter yang dibuka dan memberikan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat. Beliau juga berminat dan tertarik dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIS seperti sistem wasiat hibah MAIS dan pusat pemulihan & perlindungan di bawah MAIS.

Pihak MAIS juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu seluruh AJK Masjid Aminah Al Muhairi yang dipimpin oleh Haji Azmi bin Aris, Nazir Masjid Aminah Al Muhairi, Petaling Jaya atas jemputan & penganjuran program yang sangat baik melibatkan penduduk setempat termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor