KAUNTER BAITULMAL SEMPENA PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN MBSA SEMPENA ULANG TAHUN BANDAR RAYA SHAH ALAM KE-22

KAUNTER BAITULMAL SEMPENA PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN MBSA SEMPENA ULANG TAHUN BANDAR RAYA SHAH ALAM KE-22

311669785 488340963211108 2297692799077870957 n

SHAH ALAM, 12 Oktober 2022 – Sektor Baitulmal MAIS telah dijemput untuk membuka kaunter penerangan dalam Program Perhimpunan Bulanan MBSA Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-22.

Pada program kali ini semua kakitangan MBSA berpeluang untuk mendapatkan penerangan secara terus berkaitan pengurusan dan perancangan harta umat islam. YBrs. Tuan Mohd Rashidi bin Ruslan, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam sempat menjengah ke kaunter Baitulmal bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengurusan harta umat islam yang diuruskan oleh MAIS.

Pegawai kami turut berkesempatan menyantuni Puan Asmah binti Mohd Zin, Pengarah Khidmat Pengurusan dan beberapa orang pegawai MBSA yang mendaftarkan wasiat secara terus melalui sistem SISWA MAIS pada program tersebut.

Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada kakitangan MBSA yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor.

Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara dalam talian: https://siswa.mais.gov.my

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor