MAIS DIJEMPUT UNTUK PERKONGSIAN SLOT PERKHIDMATAN MAIS DALAM KURSUS INDUKSI ASNAF MUALLAF BIL. 2 2022

MAIS DIJEMPUT UNTUK PERKONGSIAN SLOT PERKHIDMATAN MAIS DALAM KURSUS INDUKSI ASNAF MUALLAF BIL. 2 2022

312067056 491304796248058 2196981866661862453 n

15 Oktober – MAIS melalui Sektor Baitulmal, Sektor Sosial dan Sektor Undang-undang telah dijemput untuk memberikan perkongsian berkenaan dengan perkhidmatan Majlis Agama Islam Selangor dalam Kursus Induksi Asnaf Muallaf (KIAM) Bil. 2 2022.

Program KIAM tersebut telah dihadiri lebih 45 orang saudara baru dari Daerah Hulu Langat melibatkan pelbagai peringkat umur. Peserta telah didedahkan dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di MAIS, JAIS & LZS.

Bagi perkhidmatan MAIS telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Bakhtiar bin Suratman, Eksekutif Bhg Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK berkaitan “Pendaftaran Pengislaman di Selangor”, Ustzah Nurul Shakirah binti Johari, Pegawai Syariah Bhg Undang-undang Syariah juga telah berkongsi berkenaan dengan “Perkhidmatan Guaman Syarie” dan bagi slot “Pengurusan Harta Muallaf” telah disampaikan oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah Bhg Dakwah & Pemasaran.

Semoga dengan perkongsian yang telah diberikan dapat memberikan manfaat kepada peserta berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Untuk maklumat lanjut perkhidmatan MAIS boleh layari www.mais.gov.my.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor