PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PROGRAM PEMBIMBING RAKAN KOMUNITI FASA KEDUA (PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN JATI DIRI) ASNAF RIQAB BAGI TAHUN 2022


MORIB, 21 Oktober – Program Pembimbing Rakan Komuniti Fasa Kedua (Pembinaan Dan Pengukuhan Jati Diri) asnaf riqab telah diadakan pada 21 – 23 Oktober 2022.

Program dilaksanakan bertujuan untuk menjadikan Islam sebagai asas dalam kepimpinan serta melatih asnaf riqab sebagai pembimbing yang boleh membantu golongan mereka untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kemahiran kepada setiap asnaf riqab agar menjadi seorang pemimpin komuniti yang kompeten dalam mengurus masalah.

Program selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS dengan kerjasama pihak konsultansi Fitrah Perkasa Sdn Bhd turut dihadiri seramai 30 orang peserta dari kalangan asnaf riqab kategori LGBT.

Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata semangat kepada para peserta yang hadir untuk terus kekal positif dalam mendepani cabaran yang mendatang serta menjadi pembimbing kepada rakan-rakan komuniti yang lain dan memimpin mereka untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya.

Beliau juga berharap agar masyarakat terus menyokong para asnaf ini untuk menjadi pembimbing komuniti yang berwibawa.

Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Ustaz Muhammad Zulhusni Abdul Rashid, Ketua Bahagian Pemulihan Al Riqab; Haji Muhammad Nasib Zawawi, Pengarah Urusan Fitrah Perkasa; Haji Hashim bin Ahmad, Pengarah Operasi Fitrah Perkasa dan Encik Ahmad Zailani Zakaria, fasilitator bertauliah.

Berita MAIS

Comments are disabled.