MAIS DIJEMPUT UNTUK TAKLIMAT PERKHIDMATAN WASIAT DAN HIBAH DALAM KURSUS ANJURAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

MAIS DIJEMPUT UNTUK TAKLIMAT PERKHIDMATAN WASIAT DAN HIBAH DALAM KURSUS ANJURAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

312832737 498697612175443 5037006592841479545 n

BANGI, 26 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkaitan Perancangan Harta Wasiat & Hibah dalam Kursus Pemantapan Pentadbiran Kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Kuala Langat Tahun 2022.

Kursus tersebut dihadiri oleh ketua-ketua kampung dan penghulu daerah Kuala Langat anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat.

Taklimat Perancangan Harta Wasiat & Hibah disampaikan oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah Sektor Baitulmal MAIS.

Semoga dengan perkongsian yang telah diberikan dapat memberikan manfaat kepada peserta dalam membantu masyarakat merancang & menguruskan harta mereka.

Rancang dan urus harta anda bersama MAIS melalui Sistem Wasiat dan Hibah MAIS di https://siswa.mais.gov.my.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor