AWAS : HATI-HATI ANCAMAN AJARAN SESAT

AWAS : HATI-HATI ANCAMAN AJARAN SESAT

magical burning book fire flames 01

Sejak Ogos 1991 hingga 2016 hampir 42 fatwa telah dikeluarkan di Negeri Selangor mengenai ajaran sesat.

Fatwa yang dikeluarkan adalah melibatkan ciri-ciri dan penerbitan berkaitan ajaran tersebut yang didapati telah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Antara ajaran sesat yang telah difatwakan, adalah:

• Ajaran Millah Abraham@ Ibrahim
• Ajaran Syiah
• Kumpulan Negara Islam Indonesia (NII)
• Tarikat Al Hasanah
• Ajaran Zamree Bin Abdul Wahab
• Fahaman Wahdatul Wujud

group male muslim teenagers who fill their spare time by taking turns reading koran mo

Majlis Agama Islam Selangor bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor terutamanya Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa melaksanakan pelbagai program dan aktiviti dakwah, mengadakan taklimat ke masjid-masjid dan surau dalam memberi kesedaran berkaitan ajaran sesat ini, termasuk juga melalui media sosial dan media arus perdana.

Antaranya menerbitkan video pendek dan seminar untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya Ajaran Sesat ini , bahkan juga melalui penulisan artikel seperti ;

  • Mengenali Ajaran Sesat
  • Mengapa Ajaran Sesat Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
  • Ajaran Ilmu Syahadah Zikir Nafas Difatwakan Menyeleweng
  • Perangi ajaran sesat Millah Abraham
judge gavel with justice lawyers having team meeting law firm background

Pihak berkuasa agama di Negeri Selangor juga telah mengambil tindakan tegas dengan membawa mereka yang menjadi pengasas dan terlibat dengan ajaran tersebut kemuka pengadilan di Mahkamah Syariah.

Sebagai contoh kes Ketua Pendakwa Syarie lawan Abdul Kahar Bin Ahmad. Beliau telah didakwa atas beberapa kesalahan, iaitu:

  • Seksyen 7 (1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 [Enakmen Selangor No. 9 Tahun 19951995] iaitu kesalahan berkaitan Doktrin Palsu.
  • Seksyen 8 (a) Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Dakwaan palsu.
  • Seksyen 10 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Menghina Atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll., Agama Islam.
  • Seksyen 12 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Menghina Pihak Berkuasa Agama.
  • Seksyen 13 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Pendapat Yang Bertentangan Dengan Fatwa.
hands men desperate catch iron prisonprisoner conceptthailand peoplehope be free

Bagi kelima-lima pertuduhan dan kesalahan yang dipertuduhkan beliau telah dihukum dengan hukuman pemenjaraan berjalan secara berasingan.

Hukuman yang diputus oleh Mahkamah adalah hukuman pemenjaraan yang perlu dilalui oleh beliau   selama 10 tahun, denda sebanyak RM16,500.00 dan 6 kali sebatan.

Walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa seperti membuat penyelidikan terhadap sesuatu ajaran sesat sebelum ianya difatwakan, disusuli dengan program kesedaran kepada masyarakat sehinggalah mengheret mereka yang terlibat kemuka pengadilan, didapati masih muncul beberapa ajaran sesat dan salah, malah masyarakat masih terpengaruh dengan ajaran tersebut.

most popular social media icons logos mobile phone screen with copy space text

Malah mereka semakin berani menyebarkannya melalui media sosial seperti Instragam, You Tube, Tik Tok dan seumpamanya.

Malah ada juga didapati kumpulan ajaran sesat ini bergerak secara-senyap-senyap dan beselindung melalui aktiviti sosial, aktiviti ekonomi dan seumpamanya sebelum menerapkan ciri-ciri ajaran sesat mereka.

Berdasarkan kajian yang dibuat dan artikel-artikel yang ditulis seperti tajuk-tajuk yang dinyatakan di atas antara ciri-ciri ajaran yang sesat boleh dirumuskan seperti yang berikut-

  • Mengingkari Rukun Iman dan Rukun Islam serta meyakini atau mengikuti akidah yang bercanggah dengan syarak.
  • Penafsiran al Quran yang menyeleweng tanpa kaedah yang betul
  • Ghuluw (Melampau) dalam menghormati guru
  • Merendahkan para nabi dan rasul serta mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang terakhir.
  • Melakukan amalan-amalan yang jelas bertentangan dengan amalan-amalan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mencerca para sahabat radiaallhu ‘anhuma.
back attastor talking magistrate court

Walaupun pihak berkuasa mempunyai mekanisma dan cara tertentu untuk membenteras ajaran-ajaran sesat yang wujud, masyarakat yang mempunyai maklumat dan mengetahui tentang aktiviti-aktiviti mereka juga perlu membantu menyalurkan maklumat dan bersedia menjadi saksi sekiranya mereka dibawa kemuka pengadilan agar ajaran-ajaran sesat yang wujud dapat dibenteras dan dihapuskan sehingga ke akar umbi.

Berdasarkan peruntukan di dalam Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 terdapat beberapa peruntukan yang boleh menyebabkan seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat, secara langsung boleh di dakwa dan dibawa kemuaka pengadilan di Mahkamah Syariah.

Begitu juga dengan mereka yang bersubahat, menyebarkan dan mengamalkan ajaran sesat tersebut serta menyimpan, menerbitkan dan mengedarkan apa-apa dokumen berkaitan ajaran sesat berkenaan.

Malah sekiranya seseorang itu dibawa kemuka pengadilan antara pendakwaan yang boleh dipertuduhkan dan hukuman yang boleh dijatuhkan sekiranya sabit kesalahan ialah:

  • Didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman.
    – Seksyen 7 (1) Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Doktrin Palsu
  • Didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
    – Seksyen 8 (a) Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Dakwaan palsu
    – Seksyen 10 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Menghina Atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll., Agama Islam
  • Didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
    – Seksyen 12 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Menghina Pihak Berkuasa Agama
    – Seksyen 13 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Pendapat Yang Bertentangan Dengan Fatwa.
    – Seksyen 16 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995iaitu kesalahan berkaitan Penerbitan Agama Yang Bertentangan Dengan Hukum Syara
    – Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1 Tahun 2003] iaitu kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.
asian muslim families read quran after prayers

Justeru itu, masyarakat perlu mempertingkatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan tentang ajaran Islam yang sebenar dan tidak memandang ringan dengan situasi perkembangan ajaran sesat pada masa ini.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor