PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS ANJUR KURSUS PENGIRAAN ASAS FARAID


SABAK BERNAM, 28 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor melalui Sektor Baitulmal dengan kerjasama Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) menganjurkan Kursus Pengiraan Asas Faraid pada 26 hingga 28 Oktober 2022.

Kursus sepanjang 3 hari 2 malam ini telah dikendalikan oleh Ustaz Hj Wan Abdul Halim bin W Harun, Mantan Ketua Penolong Pengarah, JKPTG Negeri Perak yang juga merupakan pakar ilmu faraid.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai Sektor Baitulmal MAIS, Pengurus-Pengurus Masjid, pegawai JAIS, peguam dan kakitangan awam daripada pelbagai jabatan telah menghadiri kursus tersebut.

Semoga kursus ini mencapai objektifnya untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan tatacara pengiraan pembahagian harta pusaka.

Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my

Berita MAIS

Comments are disabled.