PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERIMA AL-QURAN TERBITAN KDN


SHAH ALAM, 2 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati menerima Al-Quran terbitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Program Seminar Kawalselia Penerbitan Al-Quran hari ini.

Penyerahan Al-Quran disampaikan oleh Dr. Mohd Zamir Bahall, Ketua Penolong Setiausaha (Regulatori Al-Quran dan Hadith) Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), KDN kepada Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.

Penyerahan Al-Quran tersebut adalah merupakan sumbangan daripada Masjid Besi, Putrajaya bagi tujuan simbolik program seminar hari ini berkaitan Al-Quran mengikut garis panduan KDN.

Tahniah kepada KDN atas penganjuran seminar kawalselia penerbitan Al-Quran yang dilaksanakan dan ucapan terima kasih kepada Masjid Besi, Putrajaya atas sumbangan Al-Quran.

Semoga dengan penghasilan Al-Quran terbitan KDN ini menjadi wadah kepada masyarakat untuk mendampingi Al-Quran lebih mendalam lagi.

KDN berperanan menjaga keselamatan negara turut terbabit secara langsung dalam memartabatkan kesucian al-Quran di Malaysia.

Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Ahmad Hilmi Said, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), KDN Negeri Selangor.

Berita MAIS

Comments are disabled.