TAKLIMAT AGIHAN FIDYAH MAIS BERSAMA GURU BESAR DAN PENGETUA SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SEPANG

TAKLIMAT AGIHAN FIDYAH MAIS BERSAMA GURU BESAR DAN PENGETUA SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SEPANG

311867667 503770971668107 3713319533690975160 n

SEPANG, 3 NOVEMBER – Alhamdulillah, satu taklimat Agihan Fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan bersama Guru Besar/Pengetua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Sepang di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang melibatkan 35 buah sekolah kebangsaan dan 15 Sekolah Menengah Kebangsaan.

Tujuan taklimat adalah bagi memberikan penerangan kepada sekolah berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan Agihan Fdiyah yang ditawarkan oleh MAIS seperti bantuan Kotak Makanan Asas, Dapur Fidyah dan bantuan Tunai Fidyah berdasarkan kriteria yang layak untuk dipohon.

Sasaran bantuan adalah kepada kakitangan sekolah dan ketua keluarga pelajar-pelajar yang fakir dan miskin serta miskin sementara akibat hilang pekerjaan, pengurangan gaji, cuti tanpa gaji dan lain-lain yang menepati syarat kelayakan.

Semoga melalui usaha ini, lebih ramai umat Islam yang memerlukan sumbangan fidyah dapat disalurkan dengan segera dan menepati keperluan.

Kepada masyarakat yang ingin menunaikan fidyah boleh selesaikan di MAIS melalui link di sini: http://fpxv2.mais.gov.my/

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor