BAITUL ISLAH MAIS TERIMA KUNJUNGAN KUMPULAN PAKAR – Jalin Kerjasama Strategik, Perkasa Baitul Islah

BAITUL ISLAH MAIS TERIMA KUNJUNGAN KUMPULAN PAKAR – Jalin Kerjasama Strategik, Perkasa Baitul Islah

314145258 506548024723735 4732261984722883174 n

SERENDAH, 7 November – Pusat Pemulihan Baitul Islah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) hari ini menerima kunjungan daripada Kumpulan Pakar.

Lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.

Dalam ucapannya, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS menyatakan AADK telah banyak memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses pemulihan penghuni di pusat tersebut.

“Jalinan kerjasama yang erat antara MAIS dengan pihak AADK banyak membantu pihak Baitul Islah dalam menjalankan proses pemulihan, perlindungan dan rawatan kepada penghuni yang pernah terlibat dengan masalah dadah dan dijangkiti HIV.” Ujarnya.

Selain itu, turut diadakan sesi perkongsian ilmu yang bertajuk ‘The Good & The Bad Examining Method Rehabilitation Centre’ yang telah disampaikan oleh Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin.

Lawatan yang diadakan ini antara lain tujuannya ialah bagi bertukar-tukar maklumat serta mengeratkan hubungan kerjasama bersama AADK sebagai rakan strategik terutama dalam memperkasakan operasi Baitul Islah.

Delegasi lawatan juga turut diberikan taklimat ringkas berkaitan pengurusan Baitul Islah yang disampaikan oleh Penguasa Baitul Islah. Seterusnya delegasi turut dibawa melawat tapak di seluruh pusat terutama di blok pentadbiran, klinik dan asrama pelatih.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Puan Nazatushima Othman, Penguasa Pusat Perlindungan Baitul Ehsan dan Puan Mazlina Osman Penguasa Pemurniaan Akidah Baitul Iman.

Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS AADK merupakan sebuah pusat yang menempatkan penagih dadah tegar dan juga penghidap HIV di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor