LAWATAN MAIS KE KWSP JALIN KERJASAMA STRATEGIK

LAWATAN MAIS KE KWSP JALIN KERJASAMA STRATEGIK

313986373 507169884661549 3340327619307758995 n

DAMANSARA, 8 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan lawatan ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini.

Lawatan diketuai oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi MAIS) disambut baik oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Pengerusi KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP dan barisan pengurusan tertinggi KWSP.

Antara lain dalam lawatan adalah bertujuan mewujudkan jalinan hubungan kerjasama yang strategik antara MAIS dan KWSP terutama dalam pengurusan harta dan kewangan umat Islam.

Selain itu, pihak MAIS juga turut membentangkan bidang kuasa Baitulmal MAIS, Fatwa Hibah Selangor dan Perkhidmatan Wasiat dan Hibah MAIS yang disampaikan oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.

“Semoga jalinan kerjasama strategik antara MAIS dan KWSP ini dapat diteruskan bagi membantu masyarakat khususnya umat Islam dalam merancang dan menguruskan kewangan dengan baik mengikut Hukum Syarak dan seterusnya mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari,” kata Pengerusi MAIS.

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan agar hubungan baik antara MAIS dan KWSP dapat dikekalkan dalam memastikan visi dan misi bergerak seiring demi kepentingan ummah.

Turut hadir dalam lawatan ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Puan Norlaili Mohamad, Pemangku Penasihat Undang-Undang MAIS dan Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor