PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BAGI REMAJA LELAKI BERTEMAKAN ‘MUKMIN SUPER’


PELABUHAN KLANG, 4 November 2022 – Program Pencegahan Keparahan Sosial Bagi Remaja Lelaki bertemakan ‘Mukmin Super’ telah diadakan bertempat pada 4 – 6 November 2022.

Program dilaksanakan bertujuan mendekati dan menyantuni remaja-remaja lelaki yang terlibat bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang hakikat peningkatan masalah sosial dan dadah khususnya di negeri Selangor.

Selain Itu, program ini juga bertujuan mendidik remaja bagaimana cara menangani masalah sosial dan dadah dengan lebih produktif dan membimbing mereka untuk menjadi Muslim yang terbaik.

Program selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS dengan kerjasama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.

Seramai 30 orang remaja lelaki yang terlibat daripada Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu dan Sekolah Menengah Pandamaran Jaya.

Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disampaikan oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.

Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan kepada remaja yang terlibat agar menjauhkan diri daripada najis dadah dan kesan negatif terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Encik Nazir Mohamad, Pengarah AADK Negeri Selangor; Encik Shahrilnizar Nordin, Pegawai AADK Selangor; Encik Zafian Jayos, Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Ustaz Muhammad Aryf Zaki Mohd Ali, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Haafiziin Gombak.

Berita MAIS

Comments are disabled.