AGIHAN FIDYAH MAIS RM132,120.00 DIAGIH KEPADA 1101 PENERIMA YANG LAYAK

AGIHAN FIDYAH MAIS RM132,120.00 DIAGIH KEPADA 1101 PENERIMA YANG LAYAK

315112275 508595931185611 3592266107520179828 n

10 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM132,120.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.

Terdapat 8 tempat agihan iaitu semuanya di Daerah Hulu Selangor dan Kuala Selangor dengan jumlah 1101 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM132,120.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis dan Susu Pekat Manis.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, SJKC Pui Teh Jeram, SK Bukit Belimbing, SK Dato’ Maharaja Lela, PENGASIH Malaysia Negeri Selangor, SK Desa Aman Sg. Buloh, Pertubuhan Mercy Mision Kampung Titiwangsa Kerling dan lain-lain lokasi.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor