PROGRAM PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH TAHUN 2022 ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR BERSAMA UNIT KHIDMAT NASIHAT, JABATAN MUFTI NEGERI

PROGRAM PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH TAHUN 2022 ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR BERSAMA UNIT KHIDMAT NASIHAT, JABATAN MUFTI NEGERI

315305130 511266357585235 1977942366376221413 n

SHAH ALAM, 13 November 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan Program Pemantapan Panel Penasihatan Akidah dan Panel Istitabah di Glenmarie Hotel & Goft Resort bermula 11 hingga 13 November 2022.

Program dilaksanakan bertujuan untuk memberi ruang sesi perbincangan, dialog dan bertukar-tukar pandangan bersama di antara panel-panel Penasihatan Akidah dan panel-panel Istitabah dalam memperkemas dan melancarkan sesi Proses Perintah Mahkamah.

Perasmian penutupan dan penyerahan sijil kepada peserta program tersebut telah disempurnakan oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.

Dalam ucapannya, beliau turut memberikan penghargaan kepada panel-panel atas komitmen dan kerjasama dalam menjalankan kes-kes perintah mahkamah sebagai benteng terakhir dalam menyelamatkan akidah umat Islam, khususnya di Negeri Selangor. Tambah beliau lagi, beliau percaya bahawa sokongan dan kesinambungan kerjasama di antara pane-panel mampu menyelamatkan akidah umat Islam.

Antara penceramah yang hadir dalam kursus ini ialah Puan Nur Shakira Binti Johari, Pegawai Syariah MAIS, Ustaz Abdul Halem Hapis Bin Salihin, Penolong Mufti, JMNS, Mohd Zainuddin Bin Abu Bakar, Mawaadah First Trainning And Consultancy , Prof. Madya Hj. Mohd Nor Mamat, Pensyarah UiTM.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor