AGIHAN FIDYAH MAIS RM27,000.00 DIAGIH KEPADA 225 PENERIMA YANG LAYAK

AGIHAN FIDYAH MAIS RM27,000.00 DIAGIH KEPADA 225 PENERIMA YANG LAYAK

315170212 512547074123830 616

15 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM27,000.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.

Terdapat 42 tempat agihan iaitu semuanya di Daerah Petaling dengan jumlah 225 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM27,000.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis dan Susu Pekat Manis.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya Masjid Al-Irsyad USJ1, Masjid Bandar Utama Damansara, Masjid At-Taqwa Desa Subang Permai Selangor,  dan lain-lain lokasi.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor