MAIS JALANI AUDITAN PEMANTAUAN SIJIL MS ISO 9001:2015 DAN MS 1900:2014 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD

MAIS JALANI AUDITAN PEMANTAUAN SIJIL MS ISO 9001:2015 DAN MS 1900:2014 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD

316544305 517745993603938 9066119051960617781 n

Shah Alam, 23 Nov 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sedang menjalani proses auditan oleh SIRIM QAS International yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 23 November hingga 25 November 2022.

Pasukan audit SIRIM Qas International Sdn Bhd ini terdiri daripada 10 orang Juruaudit dan diketuai oleh Puan Hanida binti Ghazali sebagai Ketua Juruaudit.

Auditan di MAIS melibatkan dua (2) sijil utama iaitu sijil kualiti MS ISO 9001:2015 dan sijil syariah MS 1900:2014. Skop auditan merangkumi keseluruhan fungsi dan perkhidmatan di MAIS yang terdiri daripada pengurusan harta baitulmal, projek, hartanah, undang-undang, penyelidikan dan perkhidmatan korporat.

Semoga auditan sepanjang tiga (3) hari ini berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan di sisi Allah S.W.T.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor