PIIM MAIS MENERIMA PELAWAT DARI JEPUN DAN JERMAN

PIIM MAIS MENERIMA PELAWAT DARI JEPUN DAN JERMAN

316539716 517725503605987 1164302605464497565 n

Perkongsian daripada Pusat Informasi Islam Majlis Agama Islam Selangor (PIIM MAIS). Petang semalam, 22 November, PIIM MAIS telah menerima pelawat daripada Jepun dan Jerman.  Mereka adalah pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Singapura dalam bidang Inglish Language. Mereka dibawa melihat pameran yang disediakan di PIIM berkaitan agama Islam

 

Semoga Allah SWT mengurrniakan taufik dan hidayah kepadanya. InsyaAllah. Antara persoalan yang ditanya kenapa wujud ektrimis dalam agama Islam dan pihak PIIM memberikan penjelasan dengan harmoni.

Alhamdulilah,  pelawat menerima penjelasan dengan hati terbuka dan gembira dengan lawatan di PIIM ini.

Untuk makluman PIIM merupakan sebuah pusat rujukan yang menyediakan informasi dan ilmu pengetahuan berkaitan keindahan ajaran Islam kepada pengunjung luar dan dalam negara. Lokasi PIIM terletak di kawasan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 Shah Alam atau dikenali juga sebagai Blue Mosque (Masjid Biru) di kalangan pelancong luar negara.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor