AGIHAN FIDYAH MAIS RM65,640.00 DIAGIH KEPADA 547 PENERIMA YANG LAYAK

AGIHAN FIDYAH MAIS RM65,640.00 DIAGIH KEPADA 547 PENERIMA YANG LAYAK

316107608 518536496858221 915519

24 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM65,640.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.

Terdapat 25 tempat agihan iaitu di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dengan jumlah 547 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM65,640.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis dan Susu Pekat Manis.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya SK Puncak Alam 2,  SRA Bukit Belimbing, Maahad Tahfiz Ar-Ryqaiyyah, SK Parit 4 Sekinchan, Masjid As-Saidiah Pekan Pasir, Masjid Baitulrahman Parit 11 Ban 2, Masjid Sultan Muhammad Shah Parit 10, Masjid Panchang Bedena, Masjid Badli Shah Parit 6, Masjid Mujahiddin Pekan Bagan Terap, Masjid Tebuk Mufrad Air Tawar dan lain-lain lokasi.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor