PENDAFTARAN SYAHADAH ITU MUDAH

PENDAFTARAN SYAHADAH ITU MUDAH

316282001 518462843532253 33015053251830803 n

SHAH ALAM, 24 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kehadiran saudari Jeslina (bukan nama sebenar) yang telah membuat pendaftaran pengIslaman dan melafazkan kalimah syahadah.

Alhamdulillah, urusan pendaftaran pengIslaman dapat disegerakan dengan mudah di Pusat Informasi Islam MAIS (PIIM).

Saudari Jeslina (bukan nama sebenar), berumur 32 tahun, berasal dari Sarawak dan kini bekerja sebagai akauntan salah sebuah syarikat di luar negara.

Sama-sama kita mendoakan agar Saudari Jeslina (bukan nama sebenar) diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dalam mempelajari Islam dan istiqomah dalam Islam hingga ke akhir hayatnya.

Mudah sebenarnya urusan melafaz syahadah. Untuk maklumat lanjut berkaitan pengurusan pendaftaran pengIslaman bolehlah melayari laman sesawang rasmi MAIS di www.mais.gov.my.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor