PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SERAH RM10,000 KEPADA JUARA TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA (QARIAH) 2022


SHAH ALAM, 1 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menghulurkan sumbangan bagi pembiayaan tajaan umrah bernilai RM10,000 kepada Puan Sofizah Mousin, Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa (Qariah) Tahun 2022 sebagai tanda penghargaan atas kejayaan beliau mengharumkan nama Negeri Selangor dan Malaysia di Peringkat Antarabangsa.

Majlis simbolik penyerahan replika cek MAIS disampaikan oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS kepada Puan Sofizah di sini.  Beliau turut mengucapkan tahniah atas kejayaan luar biasa Puan Sofizah.

Sementara itu, Puan Sofizah yang merupakan qariah dari Negeri Selangor yang sebelum ini turut dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M turut menzahirkan rasa terkejut dan amat bersyukur dangan penghargaan dan hadiah yang diterima daripada MAIS ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada MAIS atas penghargaan yang amat bernilai ini. InsyaAllah pada tahun hadapan saya mengerjakan umrah bersama suami. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya,” ujarnya.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 secara keseluruhannya melibatkan 36 orang peserta merangkumi 24 Qari dan 12 Qariah dari 28 buah negara yang bertanding bagi memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum.

Berita MAIS

Comments are disabled.