Lawatan Kerja ke JAINJ – Erat Silaturahim dan Perkongsian Isu Berkaitan Hal Ehwal Islam

Lawatan Kerja ke JAINJ – Erat Silaturahim dan Perkongsian Isu Berkaitan Hal Ehwal Islam

318338723 525734109471793 1539574429500405077 n

Johor Bharu, 4 Disember–Delegasi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengunjungi Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) bertujuan  lawatan kerja, mengeratkan siturahim disamping berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan isu-isu hal ehwal Islam di sini.

Delegasi lawatan kali ini diketuai oleh Pn. Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, bersama 13 anggota delegasi mewakili MAIS, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam ucapannya Pn. Nurhani Salwa mengucapkan terima kasih atas sambutan dan perkongsian pengalaman  dari JAINJ.

Delegasi disambut mesra oleh Tn. Hj. Mustapha Omar, Ketua Pengarah Bahagian Halal JAINJ bersama pengurusan Jabatan berkaitan.

Pelbagai isu dan cabaran berkaitan hal ehwal Islam dikongsikan terutamanya berkaitan al-Riqab termasuk isu sosial, pendidikan, aqidah, pendaftaran muallaf, penguatkuasaan dan sebagainya.

Turut hadir di lawatan setengah hari ini Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Ustaz Abd Halim Saljadi, Ketua Sektor Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor