Baitul Islah Anjur Hari AIDS Sedunia Dengan Kerjasama PENGASIH Selangor

Baitul Islah Anjur Hari AIDS Sedunia Dengan Kerjasama PENGASIH Selangor

317850050 526497312728806 1668834717053387024 n min

SERENDAH, 5 Disember – Pusat Pemulihan Baitul Islah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama PENGASIH Selangor hari ini menganjurkan Majlis Hari AIDS Sedunia 2022.

Program ini diadakan dengan tujuan memberi pendedahan berkaitan penjagaan kesihatan kepada pesakit HIV dengan betul, perkongsian pengalaman sepanjang proses pemulihan dadah dan rawatan HIV serta memberi semangat kepada pesakit HIV untuk terus menjalani kehidupan yang positif.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Penguasa Baitul Islah. Turut hadir dalam program ini adalah seramai 80 orang yang terdiri daripada pelatih dan warga kerja Pusat Pemulihan Baitul Islah.

Hadir sama ialah Dr. Mohd Abd Hafiz bin Mohd Abd Rahim, Pakar Perubatan Jabatan Perubatan Hospital Sungai Buloh; Puan Hajjah Fadzilah Haji Abdul Hamid, Kaunselor HIV dan Exco Rumah Solehah dan Encik Jaafar Daud, Pengerusi Pertubuhan PENGASIH Selangor.

Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS AADK merupakan sebuah pusat yang menempatkan penagih dadah tegar dan juga penghidap HIV di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor