MESYUARAT MAIS BIL.6/2022 SELESAI DIADAKAN

MESYUARAT MAIS BIL.6/2022 SELESAI DIADAKAN

318826408 527705259274678 9102947545719680153 n

SHAH ALAM, 6 Disember – Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bil. 6/2022 telah diadakan buat yang terakhir bagi tahun 2022 pada 5 Disember di sini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS yang bertujuan memastikan hal ehwal agama Islam di Selangor  sentiasa diutamakan.

Beberapa keputusan berkaitan hal ehwal agama Islam Selangor dapat dibincangkan dan diputuskan oleh Anggota MAIS yang terdiri dari pelbagai latar belakang kepakaran.

Semoga melalui usaha dan ketetapan ini, hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor sentiasa diutamakan dan MAIS akan terus mengorak langkah dalam meningkatkan syiar Islam dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan efisyen.

Turut hadir dalam mesyuarat ialah Dato’ Haji Emran Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS; YAD Dato’ Dr Haji Anhar Haji Opir, Mufti Selangor; Tan Sri Dato’ Hashim Meon dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor