MAIS DIJEMPUT UNTUK PERKONGSIAN SLOT PERKHIDMATAN MAIS DALAM KURSUS INDUKSI ASNAF MUALLAF BIL. 3/2022

MAIS DIJEMPUT UNTUK PERKONGSIAN SLOT PERKHIDMATAN MAIS DALAM KURSUS INDUKSI ASNAF MUALLAF BIL. 3/2022

320524481 912030150163736 8521513461552610118 n

MAIS melalui Sektor Baitulmal, Sektor Sosial dan Sektor Undang-undang telah dijemput untuk memberikan perkongsian berkenaan dengan perkhidmatan Majlis Agama Islam Selangor dalam Kursus Induksi Asnaf Muallaf (KIAM) Bil. 3 2022 bertempat di Geno Hotel Shah Alam.

Program KIAM tersebut telah dihadiri lebih 40 orang saudara baru dari Daerah Gombak & Petaling melibatkan pelbagai peringkat umur. Peserta telah didedahkan dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di MAIS, JAIS & LZS.

Bagi perkhidmatan MAIS telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Bakhtiar bin Suratman, Eksekutif Bhg Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK berkaitan “Pendaftaran Pengislaman di Selangor”, Ustazah Norshadatulnizma binti Misnun@Anuar, Pegawai Syariah Bhg Undang-undang Syariah juga telah berkongsi berkenaan dengan “Perkhidmatan Guaman Syarie” dan bagi slot “Pengurusan Harta Muallaf” telah disampaikan oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah Bhg Dakwah & Pemasaran.

Kaunter bantuan guaman turut dibuka dengan dibantu oleh 2 orang pegawai yang lain dalam memberi kepada khidmat nasihat peserta. Semoga dengan perkongsian yang telah diberikan dapat memberikan manfaat kepada peserta berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Untuk maklumat lanjut perkhidmatan MAIS boleh layari www.mais.gov.my.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor