MAIS TERIMA LAWATAN DARI DU’AH FARAIDH MALAYSIA

MAIS TERIMA LAWATAN DARI DU’AH FARAIDH MALAYSIA

318857793 529396005772270 1337375387476388788 n

9 Disember 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Du’ah Faraidh Malaysia (DFM)

Delegasi DFM seramai 8 orang diketuai oleh Ustaz Mohd Khusairi bin Saleh,  Pengerusi DFM, bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan harta pusaka Islam di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini.

Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal mengalu-alukan kehadiran delegasi dari DFM.

“Terima kasih kepada pihak DFM, semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa ilmu faraid dan pengurusan kehartaan umat Islam.

“Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik antara MAIS dan DFM dalam menguruskan harta umat Islam selari dengan hukum syarak,” katanya.

Turut hadir mewakili MAIS ialah Ustaz Mohamad Salleh Abd Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS, Ustaz Shahrul Hafiz, Ketua Unit Operasi, Bahagian Harta Baitulmal.

Rancang harta anda bersama Baitulmal MAIS. Sila layari https://siswa.mais.gov.my untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara dalam talian.

Urus pembahagian harta pusaka si mati melalui MAIS secara dalam talian di https://efaraid.mais.gov.my

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor