MAIS – YIDE MENYELARASKAN PENEMPATAN SURAU BERGERAK

MAIS – YIDE MENYELARASKAN PENEMPATAN SURAU BERGERAK

320774810 1340106880176542 6090086 1

Alhamdulillah malam tadi  Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyelaraskan sebuah Mobile Musolla di tapak bencana tanah runtuh di Batang Kali.

Surau bergerak ini hasil usahasama Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu Persatuan Dakwah dan Kebajikan Disa Mahabbah atau lebih dikenali D’Mahabbah.

Mewakili YIDE dalam proses penghantaran dan penyerahan surau bergerak ini adalah Ustaz Suhaimi Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE Merangkap Pengarah Sektor Sosial MAIS kepada Cik Nor Azizah binti Sarjo, Pen. Pegawai Tadbir Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.

InsyaALLAH dengan adanya kemudahan surau bertutup seumpama ini dapatlah khususnya untuk golongan wanita menggunakan sepanjang bertugas.

Surau bergerak ini mampu membuatkan 15 orang dalam satu satu masa dan kelengkapan seperti mengambil wudu’ turut tersedia di lokasi yang strategik.

Penyerahan surau bergerak ini turut dihadiri oleh En. Zaharudin Salim, Ketua Audit MAIS, En. Md. Arifin bin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan YIDE dan En. Shahril bin Mohamd Ghazali, Koordinator Mobile Musolla.

Semoga bermanfaat kepada semua yang menggunakan dan marilah kita sama sama mendoakan agar pasukan keselamatan terus cekal dalam meneruskan mangsa mangsa yang masih tidak ditemui.

YIDE merupakan sebuah anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim di Negeri Selangor dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor.

Kredit: Yayasan Islam Darul Ehsan – YIDE

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor