PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS ZIARAH RUMAH PEMULIHAN DI NEGERI KEDAH, TINGKATKAN KUALITI PROSES PEMULIHAN DADAH DI NEGERI SELANGOR


Kedah, 15 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama AADK Negeri Selangor hari ini menziarahi Pusat Bina Ihsan Al-Kalalah serta Pusat Pemulihan Dadah dan Akhlak Nurul Sa’adah di Kedah.

Ketua lawatan, Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial berkata kaedah pemulihan, rawatan dan spiritual yang dilaksanakan di kedua-dua pusat adalah sangat baik.

“Kaedah yang digunakan baik kepada individu yang terkesan dengan penagihan dadah ini di samping ia dapat sesuaikan aktiviti yang menjadikan insan tersebut sebagai seorang muslim yang sejati.” Ujarnya.

Lawatan pada hari ini bertujuan menjalinkan hubungan silaturrahim di antara MAIS, AADK dengan pusat pemulihan dan seterusnya mendapatkan maklumat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pemulihan dadah.

Sambil itu, Pengarah AADK Selangor turut menyatakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Bina Ihsan Al-Kalalah adalah sangat baik dan sentiasa menyokong kaedah pemulihan penagihan dadah yang dilaksanakan.

“Saya menzahirkan penghargaan terima kasih serta kaedah pemulihan yang dilaksanakan oleh pusat pemulihan adalah sangat baik dalam memastikan penagih dapat pulih sepenuhnya.”

Seterusnya ziarah dilanjutkan ke Pusat Pemulihan Dadah dan Akhlak Nurul Sa’adah, Pendang.

Turut hadir Encik Nazir Mohamad, Pengarah AADK Selangor; Encik Zolkifli Mohd Dom, Pengarah PUSPEN Serendah; Tuan Mohammadi Mt Abu, Polis Diraja Malaysia; Dr. Siti Sarah Saeey, Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor; Encik Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Penguasa Baitul Islah dan Puan Mazlina Osman, Penguasa Baitul Iman.

Berita MAIS

Comments are disabled.