MESYUARAT JAWATANKUASA RIQAB DAN TAKLIMAT PERATURAN PENDAFTARAN PEMULIHAN BERJAYA DILAKSANAKAN

MESYUARAT JAWATANKUASA RIQAB DAN TAKLIMAT PERATURAN PENDAFTARAN PEMULIHAN BERJAYA DILAKSANAKAN

318032128 527761102602427 2321053598831183889 n

SHAH ALAM, 6 Disember- Mesyuarat Jawatankuasa Riqab  & Taklimat Peraturan Pendaftaran Pemulihan & Pengawalan Riqab telah berjaya dilaksanakan buat yang terakhir untuk tahun 2022.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS.

Mesyuarat dan taklimat membincangkan mengenai proses pemulihan, perlindungan dan rawatan kepada golongan asnaf riqab yang terbelenggu dengan masalah sosial dan jenayah syariah.

Turut hadir ialah Dato’ Haji Emran Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS; YAD Dato’ Dr Haji Anhar Haji Opir, Mufti Selangor; Dato’ Ali Mohamad, Pengerusi Rumah Pemulihan Riqab MAIS dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha ( Operasi) MAIS.

Semoga usaha untuk membantu proses pemulihan dan bimbingan asnaf riqab dapat dilaksanakan dengan lebih strategik.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor