PROGRAM PEMBIMBING RAKAN KOMUNITI AL-RIQAB ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS

PROGRAM PEMBIMBING RAKAN KOMUNITI AL-RIQAB ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS

316669726 528341805877690 1640887094669201310 n

Program Pembimbing Rakan Komuniti Al Riqab yang melibatkan seramai 30 orang peserta di kalangan Komuniti Yang  Disayangi, bertujuan menjadikan Islam sebagai asas dalam kepimpinan serta melatih peserta sebagai pembimbing yang boleh membantu komuniti di kalangan mereka untuk berhijrah ke arah yang lebih baik  telah diadakan pada 2 hingga 4 Disember, di Kuala Lumpur.

Program anjuran Bahagian Pemulihan Ar Riqab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama pihak Rumah Pemulihan Riqab MAIS iaitu Rumah Sahabat Hulu Langat ini juga memberi pendedahan terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi pemimpin yang terbaik dan mahir dalam mengurus masalah komuniti mereka.

Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Zulhusni Abdul Rashid, Ketua Bahagian Pemulihan Al-Riqab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta agar terus istiqamah dalam menuju perubahan serta terus bersemangat membimbing rakan-rakan dalam komuniti untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Beliau juga turut menerangkan konsep dan ciri-ciri seorang daie ataupun pembimbing iaitu mengislahkan diri sendiri dan mengajak orang lain turut sama mengislahkan diri.

Salah seorang peserta, menyatakan rasa syukur dan gembira dapat mengikut program seperti ini, yang dapat dijadikan panduan untuk beliau membimbing rakan seperjuangan mereka.

Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Ustaz Abdul Halim bin Hapidz, penceramah bebas, Pencetus Ummah Rahmat ikhsan Mohd Sofyan, pendakwah selebriti, dan Ustaz Jowel bin Noh, Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor