PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS YIDE SERAH BANTUAN KEPADA KELUARGA MANGSA TANAH RUNTUH -Makcik Esah Menahan Sebak


Kepong, 22 Disember – “Makcik masih terbayang raut wajah arwah ketika melangkah keluar ke rumah untuk ke lokasi di Batang Kali, senyum sahaja  sambil berlalu pergi.”

“Allahyarhamah memang anak yang sangat baik dan ceria, selalu bantu mak cik dan adik- adiknya,” ujar Siti Esah Hassan,53 atau lebih mesra dipanggil Makcik Esah ibu kepada arwah Nurul Azwani Kamaruzaman, 31 ketika ditemui di rumah beliau di sini hari ini.

Allahyarhamah Azwani adalah salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor.

Kehadiran wakil Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan agensinya Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) ke kediaman Allahyarhamah adalah menziarahi waris disamping untuk menyerahkan sumbangan tunai dan juga barang keperluan harian kepada ibu arwah.

MAIS diwakili oleh Pn.Noormala Mohd Saad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000.00, manakala YIDE diwakili En. Md. Arifin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan YIDE  menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,000.00 serta Pek Kasih YIDE.

“Allahyarhamah meninggal dunia selang empat bulan ayahnya pergi dan kebetulan tarikh mereka meninggal dunia adalah sama,” ujar Makcik Esah mengenang kehilangan kedua insan penting dalam hidupnya.

Dalam sebak, Makcik Esah mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIS dan YIDE serta agensi lain yang tidak disangka datang menziarahi serta memberikan sumbangan kepada mereka.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan ujian hebat yang diterima keluarga Makcik Esah,” ujar Pn. Noormala mengakhiri perbualan.

Berita MAIS

Comments are disabled.