MAIS RAI 21 ORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH DALAM MAJLIS SANJUNGAN BUDI

MAIS RAI 21 ORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH DALAM MAJLIS SANJUNGAN BUDI

321680231 519333806928045 1239357720454154644 n

SHAH ALAM, 23 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meraikan 21 orang Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Agensi dan Anak Syarikat MAIS dalam Majlis Sanjungan Budi bagi menghargai jasa dan bakti mereka yang telah berkhidmat sepanjang sesi 2020 sehingga 2022.

Mereka yang diraikan terdiri dari Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Ahli Lembaga Pengarah Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB), Ahli Lembaga Pengarah Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Islam Selangor (UIS).

YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu dan memberikan sumbangan buah fikiran dalam memertabatkan syiar agama Islam khususnya di Negeri Selangor.

“Saya sebagai Pengerusi MAIS mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang sesi ini. Diharapkan Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang telah menjadi Ahli Lembaga Pengarah sebelum ini masih dapat menyumbang kepakaran, perkongsian pengalaman dan idea pada sesi akan datang.

“Majlis yang diadakan ini secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah di antara MAIS bersama Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Agensi dan Anak Syarikat MAIS,” ujarnya lagi.

YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof turut menyempurnakan penyampaian simbolik penghargaan iaitu sijil dan hadiah kenangan kepada yang 21 orang yang diraikan diiringi oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.

Antara mereka yang diraikan adalah Y.Bhg. Dato’ Setia Ramli bin Mahmud, Pengerusi PWS; Y.Bhg. Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Pengerusi YIDE; dan Y.Bhg Dato’ Kamaruddin bin Abdul Manan, Pengerusi BSHSB.

Sahibul Fadhilah Al-‘Alim Al-‘Arif YAD Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abd. Wahid, ahli lembaga pengarah PWS;  Dato’ Haji Ibrahim Md Yusof, Timb. Pengerusi PWS dan YM Datin Paduka Ungku Arfah Ungku Md Tahir, ahli BSHSB dan lain-lain.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YAD Dato’ Emran Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS dan anggota dan pengurusan tertinggi MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor