JALINAN KERJASAMA STRATEGIK MAIS DAN MAINS

JALINAN KERJASAMA STRATEGIK MAIS DAN MAINS

324585512 726372045674656 360946373556253561 n

SEREMBAN, 17 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hari ini.

Lawatan diketuai oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS disambut baik oleh Tuan Zainal bin Said, Setiausaha MAINS; dan pengurusan MAINS.

Antara lain dalam lawatan adalah bertujuan mewujudkan jalinan hubungan kerjasama yang strategik di antara MAIS dan MAINS dalam menyebar luaskan dakwah berkenaan Pengurusan Harta Orang Islam.

Selain itu, pihak MAIS juga turut berkongsi maklumat berkenaan proses pelaksanaan wasiat dan hibah secara atas talian melalui sistem SISWA yang terkini.

Semoga jalinan kerjasama di antara MAIS dan MAINS ini dapat diteruskan bagi membantu masyarakat khususnya umat Islam dalam merancang dan menguruskan harta dengan baik mengikut Hukum Syarak serta menaikkan kredibiliti institusi agama demi kepentingan ummah.

Turut hadir dalam lawatan ialah Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran; Ustaz Mohd Romzi bin Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal dan Ustaz Mohammad Aizat bin Vandan, Eksekutif Pemasaran.

Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my

Info lanjut, layari: www.mais.gov.my

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor