PENGERUSI MAIS RASMIKAN PROGRAM TOWNHALL PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SELANGOR

PENGERUSI MAIS RASMIKAN PROGRAM TOWNHALL PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SELANGOR

l

SHAH ALAM, 18 Januari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berbesar hati meluangkan masa merasmikan Program Townhall Pengurusan Institusi Pendidikan Islam Negeri Selangor anjuran Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini.

“Saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan kepada semua pihak terutama kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dalam memartabatkan Institusi Pendidikan Islam di Negeri Selangor.

“Semoga program yang dianjurkan ini dapat menjadi salah satu wadah untuk berdiskusi bagi merapatkan ukhwah Islam di semua peringkat,”kata Pengerusi MAIS.

Seramai 200 orang mudir dan wakil Maahad Tahfiz sekitar Selangor turut hadir dalam program ini yang bertujuan membincangkan beberapa usul kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi memudahkan urusan pendidikan Islam Negeri Selangor dan beberapa isu yang berkaitan.

Turut hadir dalam program ini ialah Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Haji Mohd Dom, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan; Tuan Anas Ayob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS dan Tuan Haji Hanifuddin Roslan, Timbalan Pengarah, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor