Program Pemulihan Remaja yang bertemakan “Muslimah Solehah” telah pada 27-29 Januari dengan penglibatan seramai 38 orang perserta dari seluruh Selangor.
Program ini bertujuan memantapkan jiwa para peserta dari kalangan remaja agar membawa mereka ke arah perubahan yang positif. Selain Itu, program ini juga memberi fokus kepada pengukuhan pemulihan dan mewujudkan sifat kesungguhan dalam diri untuk pulih.
Program selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh Bahagian Pemulihan Ar Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama pihak Agensi Anti dadah Kebangsaan Negeri Selangor.
Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disempurnakan oleh Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS.
Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta dan berharap agar remaja memperolehi ilmu yang bermanfaat daripada program ini. Beliau juga turut berharap agar dengan ilmu yang dicurahkan sepanjang program ini dapat menyedarkan para remaja akan hakikat kesan buruk dengan terjebak dengan masalah sosial.
Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, Pendakwah Selebriti, Ustaz Jowel bin Noh, Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ustaz Abdul Halim Abdul Hapidz , Pendakwah Bebas.
Turut sama, Encik Shahrilnizar Nordin, Pegawai AADK Negeri Selangor, Encik Muhammad Zafian Jayos, Pegawai kesihatan Daerah Petaling dan Pengarah AADK Selangor, Tuan Nazir Mohamad.