PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERIMA KUNJUNGAN CAMBODIA UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY (CUMT)


30 Januari 2023, SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari Cambodia University Of Management And Technology (CUMT) yang diketuai oleh H.E Dr. Mohamad Farid Hosen, Presiden CUMT.

Lawatan seramai tiga orang disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping memperkenalkan Cambodia University dan menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS.

Antara lain H.E Dr. Mohamad Farid berkongsi maklumat perkembangan Cambodia University yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan Cambodia University Of Management And Technology (CUMT).

Turut hadir dalam perbincangan ialah YAD Dato Setia Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi, Orang Besar Daerah Klang; Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi IKIM; Prof Madya Dato’ Dr Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Rektor Universiti Islam Selangor (UIS) dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.