SHAH ALAM 2 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Delegasi seramai enam orang pegawai diketuai oleh Tuan Suhaizam Ismail, Ketua Jabatan Pengurusan Produk, KWSP.
Lawatan KWSP ini adalah lanjutan dari sesi kunjungan MAIS ke KWSP yang telah diadakan pada bulan November 2022 lalu, yang bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama yang strategik terutama dalam pengurusan harta dan kewangan umat Islam.
Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS mengalu-ngalukan
kehadiran KWSP dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.
“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam,”katanya.
Turut hadir dalam perbincangan mewakili MAIS ialah Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS dan Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Baitulmal MAIS.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan KWSP.