MAIS TERIMA LAWATAN PENYELIDIKAN DARI UniPSAS

MAIS TERIMA LAWATAN PENYELIDIKAN DARI UniPSAS

329265009 1229513800990660 3993 min

SHAH ALAM, 8 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).

Delegasi diketuai oleh YH. Prof. Madya. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin Naib Canselor merangkap Ketua Projek Penyelidikan UnipSAS. Turut ikut serta adalah Ustaz Abdul Halim bin Abdul Karim Ketua Jabatan Syariah dan Dr. Saad Elghomazy Abdel Moaty Mahmoud, pensyarah Jabatan Syariah.

Lawatan bertujuan untuk dapatan kajian dan Penanda Aras Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah yang dilaksanakan oleh Baitulmal MAIS di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.

Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal mengalu-alukan kehadiran delegasi UniPSAS dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.

“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan serta solusi kepada umat Islam,”katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril juga turut berkongsi maklumat pengurusan Wang Tak Patuh Syariah (WTPS) MAIS kepada delegasi UniPSAS.

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan UniPSAS.

Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my

info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor