LAWATAN MAIS KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

LAWATAN MAIS KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

330189942 900279647956033 4826760629658459347 n

TERENGGANU, 13 Feb –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu hari ini.

Delegasi MAIS seramai 23 orang pegawai diketuai oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS disambut mesra oleh YAA Dato Haji Wan Mohd Zakri Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie Terengganu serta pegawai-pegawai yang hadir.

Lawatan MAIS bertujuan untuk melihat pengurusan dan pentadbiran dalam mengendalikan kes-kes perintah mahkamah oleh pelatih yang dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dan Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman.

Antara lain dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas daripada Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu.

Turut hadir mewakili MAIS ialah Prof Madya Dr Ahmad Najaa’ Mokhtar, Ahli Lembaga Pelawat Baitul Iman.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama yang erat antara MAIS dan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam menambah baik pengurusan kes-kes perintah mahkamah di masa akan datang.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor