MAIS ADAKAN BENGKEL PERATURAN-PERATURAN BAITULMAL NEGERI SELANGOR BIL. 1/2023

MAIS ADAKAN BENGKEL PERATURAN-PERATURAN BAITULMAL NEGERI SELANGOR BIL. 1/2023

330808771 5033956119 min

13 Feb 2023 – Pada 10 hingga 12 Feb 2023 yang lalu, MAIS melalui Sektor Baitulmal telah mengadakan Bengkel Peraturan-Peraturan Baitulmal Negeri Selangor (PPBNS) bil. 1/2023 bertempat di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu berkaitan Baitulmal seterusnya akhirnya akan dapat mewujudkan satu peraturan berkaitan Baitulmal dalam negeri Selangor.

Bengkel ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mujaini bin Tarimin, anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal PPBNS, YBhg. Dr. Hj Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan anggota-anggota Jawatankuasa Teknikal PPBNS iaitu YBhg. Prof Madya Dr Ahmad bin Che Yaakub UTM, YBhg. Prof Madya Dr Kamaruzaman Noordin UM, YBhg. Prof Madya Dr Mohd Abdul Nasir Abdul Latif UPSI dan YBhg. Dr. Rizwan Bakar MMU.

Turut hadir adalah Timb. Setiausaha (Operasi) MAIS, Puan Nurhani Salwa Jamaludin, Timb. Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS, Puan Norzaihan Mohd Zain, Pengarah Baitulmal, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Ketua Audit Dalam, Encik Zaharudin Salim, Pemangku Penasihat Undang-Undang, Puan Norlaili Mohamad dan para pegawai daripada Sektor Baitulmal dan Sektor Kewangan.

Semoga dengan bengkel ini akan dapat menggarap idea yang lebih baik dalam menyediakan peruntukan-peruntukan yang sesuai berkenaan Baitulmal dan seterusnya memberikan impak kepada ummah.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor