MAIS LAWAT SEKOLAH TUNAS BAKTI (P), MARANG

MAIS LAWAT SEKOLAH TUNAS BAKTI (P), MARANG

330082391 5951555921618047 1591819946801913265 n

TERENGGANU, 12 Feb – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Pembangunan Sosial telah mengadakan lawatan ke Sekolah Tunas Bakti (P), Marang di sini hari ini.

Delegasi MAIS seramai 23 orang diketuai oleh Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.

Menurut Puan Nazatushima, lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung pengurusan dan pentadbiran dalam mengendalikan rumah perlindungan di samping menjalinkan hubungan silaturrahim di antara MAIS dan Sekolah Tunas Bakti (P), Marang.

“Selain itu, lawatan juga memberi tumpuan mendapatkan maklumat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan terutama dalam proses pemulihan pelatih,”katanya.

Sementara itu, Puan Shamsidah Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Penghuni Pelajar Sekolah Tunas Bakti (P), Marang mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak MAIS atas kehadiran lawatan di sini hari ini.

“Terima kasih kepada pihak MAIS melawat kami di sini. Kami di Sekolah Tunas Bakti (P), Marang berharap dengan lawatan ini, pelbagai aktiviti dan info dapat dikongsikan bersama dan seterusnya dapat menambah baik pengurusan dan penjagaan penghuni di masa akan datang,”katanya.

Turut hadir ialah Puan Mazlina Othman, Penguasa Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman, dan Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor