MAIS SANTUNI 555 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING & SEPANG, AGIH BANTUAN KOTAK MAKANAN KERING BERNILAI RM82,140.00

MAIS SANTUNI 555 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING & SEPANG, AGIH BANTUAN KOTAK MAKANAN KERING BERNILAI RM82,140.00

330447134 880078429933821 5352193219620214865 n

Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi penerima yang layak hari ini, 13 Februari 2023 berjumlah RM82,140.00 kepada 555 keluarga penerima.

Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi bernilai RM148 seorang termasuk beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk coklat milo, kari ayam siap di masak, biskut dan sebagainya menggunakan peruntukkan Fidyah MAIS.

Agihan melibatkan kerjasama 11 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya daripada SMK Cyberjaya, SK Kpg. Baharu Lanjut, SK & SJKT Bdr. Baru Salak Tinggi, SK Bukit Bangkong, SK Sek. 9, SMK Puchong dan lain-lain.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor