MAIS TERIMA LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK – Lawatan ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS AADK

MAIS TERIMA LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK – Lawatan ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS AADK

328258947 534881288741193 11475942

Hulu Yam, 14 Feb 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam dan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS AADK, Serendah.

Delegasi diketuai oleh Yang Berusaha Haji Jamaluddin Haji Taim, Pegawai Hal Ehwal Islam, JAIS.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai penanda aras bagi meneruskan cadangan untuk membangunkan rumah pemulihan akhlak di negeri Sarawak.

Ketua delegasi turut menyampaikan hasrat JAIS untuk mengikut jejak langkah pembangunan pusat pemulihan seperti yang telah dilaksanakan oleh MAIS ini.

“Lawatan hari ini adalah sebagai penanda aras untuk kami mendapatkan maklumat seperti modul yang digunakan agar apabila kami pulang ke Sarawak nanti, kami dapat merangka dan menambahbaik perancangan pembangunan rumah pemulihan akhlak di negeri Sarawak. InshaAllah,” ujarnya.

Delegasi seramai 12 orang itu turut melawat sekitar Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS AADK.

Turut hadir dalam lawatan ini Puan Mazlina Osman, Penguasa Baitul Iman; Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Penguasa Baitul Islah dan Encik Muhammad Syafiq Ahmad Fozi, Penolong Pengurus Komunikasi Korporat MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor