2 Mac 2023 – Kempen Kesedaran Penunaian Fidyah Negeri Selangor diteruskan dengan taklimat berkaitan fidyah yang telah disampaikan oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah Sektor Baitulmal bertempat di Dewan Orkid, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).
Terima kasih kepada warga MDSB yang hadir kerana memberi ruang kepada MAIS menyampaikan maklumat berkenaan perkhidmatan fidyah.
Semoga dengan pelaksanaan program ini memberikan banyak manfaat kepada pegawai² di samping memberi kesedaran untuk segera mengqadakan puasa dan menunaikan fidyah di MAIS.
MAIS kini menyediakan platform bagi mengetahui dan mengira jumlah bayaran fidyah yang dikenakan. Sila layari pautan ini untuk menggunakan kalkulator fidyah dengan lebih mudah dan tepat secara atas talian: https://www.mais.gov.my/kalkulator-fidyah-puasa/
Info lanjut berkenaan fidyah, sila layari: https://www.mais.gov.my/fidyah/
https://www.mais.gov.my/kalkulator-fidyah-puasa/