PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID AL MUSTAQIM, TAMAN NIRWANA


Taman Nirwana, Ampang, 3 Mac 2023 – Hari ini Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui sektor Baitulmal mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang dikenali sebagai Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid Al Mustaqim khusus kepada pengunjung bagi berkongsi berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka, pemulihan Riqab dan zakat.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Kuliah Dhuha, Tazkirah Jumaat, Kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh pegawai dari Baitulmal MAIS. Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter runding cara perancangan dan pewarisan harta yang dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Turut menyertai, agensi MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor dan Pemulihan Ar Riqab yang membuka kaunter informasi untuk pengunjung program.

Melalui program ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewajipan Fidyah.

Ayuh layari pautan dibawah untuk menggunakan kalkulator fidyah dengan lebih mudah dan tepat secara atas talian.

Kalkulator Fidyah Puasa

Info lanjut berkenaan fidyah, sila layari:

Fidyah

https://www.mais.gov.my/kalkulator-fidyah-puasa/

Berita MAIS

Comments are disabled.