KURSUS TAFAQQUH FIDDIN PEMBIMBING RIQAB SIRI 1/2023

KURSUS TAFAQQUH FIDDIN PEMBIMBING RIQAB SIRI 1/2023

334543215 201688909209693 8267474255540936976 n

BAGAN LALANG, 5 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab menganjurkan Kursus Tafaqquh Fiddin Pembimbing Riqab Siri 1/2023 bermula 3 – 5 Mac 2023.

Kursus diadakan bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tugas sebagai seorang pembimbing. Selain itu, kursus ini juga dapat mempelajari ilmu tauhid, feqah dan fardhu ain dengan lebih baik.

Program selama 3 hari 2 malam ini dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang turut dihadiri oleh seramai 48 orang Pembimbing Riqab dari seluruh Selangor.

Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar dengan ilmu yang dicurahkan sepanjang kursus ini yang telah disampaikan oleh para ilmuan yang unggul dapat diadaptasi serta membimbing para Asnaf Riqab agar kembali ke pangkal jalan yang diredhaiNya.

Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Ustaz Mat Jais Kamos, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin, Penolong Mufti Selangor Unit Khidmat Nasihat serta Ustazah Sabariah Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor