MAIS SERTAI PERSIDANGAN ANTARABANGSA HALAL SELANGOR (SELHAC) 2023

MAIS SERTAI PERSIDANGAN ANTARABANGSA HALAL SELANGOR (SELHAC) 2023

334946035 1246234846282912 11541612749238

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membuka kaunter penerangan sepanjang Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (SELHAC) 2023 yang berlangsung bermula hari ini sehingga 12 Mac 2023.

Kaunter penerangan MAIS bernombor ST10 dibuka dari jam 9 pagi hingga 6.00 petang memberi peluang kepada pengunjung yang datang bagi mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIS.

Orang ramai dipelawa hadir untuk memperoleh pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan MAIS yang ditawarkan seperti pengurusan harta, bantuan guaman syarie, sewaan hartanah, pendaftaran muallaf dan pemulihan riqab.

Orang ramai amat digalakkan mengunjungi booth MAIS untuk mendapatkan khidmat  nasihat dan pandangan dari MAIS.

Program  SELHAC 2023 membuka tirai hari ini menampilkan tiga komponen iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan.

SELHAC 2023 dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Turut hadir YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal merangkap Anggota MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor