FORUM PUSAKA “URUS HARTA, SEBELUM BERPUAKA”

FORUM PUSAKA “URUS HARTA, SEBELUM BERPUAKA”

337010141 243277

18 Mac 2023 – Telah berlangsungnya satu forum yang bertajuk Urus Harta Sebelum Berpuaka anjuran Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) dengan kerjasam Baitulmal MAIS & Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bertempat di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Forum ini telah dirasmikan oleh Datin Hajah Aminah Haji Zakaria, YDP SALIMAH Malaysia. Dalam ucapannya beliau berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran forum ini dan menyeru masyarakat untuk bersama-sama menguruskan harta mengikut landasan syariat Islam.

Forum tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah selaku moderator dan dimeriahkan lagi dengan dua orang panel iaitu Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran dan Ustaz Mohd Fazil bin Kamarul Zaman, Eksekutif Siasatan.

Pihak Baitulmal MAIS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada Baitulmal MAIS untuk membahaskan kepentingan pengurusan dan perancangan harta kepada umat Islam.

Semoga dengan berlansungnya forum ini akan menyedarkan masyarakat akan kepentingan mengurus harta pusaka dengan segera dan membuat perancangan ke atas harta pada masa hidup.

Jom rancang harta anda melalui MAIS dengan wasiat dan hibah secara dalam talian. Layari https://siswa.mais.gov.my.

Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor