MAIS PRIHATIN MANGSA BANJIR DI NEGERI JOHOR -Sumbang RM106,000.00, Tanda Solidariti Antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN)

MAIS PRIHATIN MANGSA BANJIR DI NEGERI JOHOR -Sumbang RM106,000.00, Tanda Solidariti Antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN)

336872470 1324816004760363 5081762305508473660 n

Johor – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di negeri Johor dalam kejadian 1 Mac 2023 yang lalu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tampil menyumbangkan RM106,000.00 bagi menyantuni mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.

Sumbangan RM106,000.00 itu meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Daripada jumlah tersebut, MAIS menyumbang wang tunai sebanyak RM50,000.00. Manakala agensi dan anak syarikat MAIS iaitu JAKESS, PWS dan YIDE menyumbang sumbangan terkumpul sebanyak RM56,000.00 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM106,000.00.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebanyak RM106,000.00.

Daripada jumlah sumbangan RM106,000.00, MAINJ menerima sumbangan tunai sebanyak RM56,000.00 dan 500 pek makanan asas dengan nilai RM50,000.00.

Hari ini, Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan Yang Berbahagia Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS turun untuk memberi pelepasan konvoi kumpulan MAIS bersama agensi dan anak syarikat MAIS ke negeri Johor bagi sumbangan yang diberikan.

Sumbangan MAIS ini adalah bertujuan sebagai tanda solidariti di antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) bagi menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir di samping memenuhi maslahah ummah terutama dalam membantu berkaitan keperluan mangsa bagi meringankan bebanan mereka.

MAIS amat prihatin dengan keperluan maslahah ummah khususnya di negeri Johor dan apabila berlaku ujian seperti ini, MAIS, agensi dan anak syarikat akan segera memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Terdahulu, MAIS, agensi dan anak syarikat MAIS menyumbang sebanyak RM200,000.00 bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pada 8 Januari 2023 yang lalu.

Turut terlibat sama agensi dan anak syarikat MAIS dalam konvoi hari ini ialah Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor