MAIS MANFAAT SUMBANGAN MAIWP BINA 20 RUMAH MANGSA BANJIR DI SELANGOR

MAIS MANFAAT SUMBANGAN MAIWP BINA 20 RUMAH MANGSA BANJIR DI SELANGOR

337045427 769401627700114 323014473142

SHAH ALAM, 21 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memanfaatkan sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu membina 20 rumah mangsa banjir di Selangor daripada kalangan asnaf Zakat.a-mangsa yang terkesan akibat banjir.

Sumbangan yang diberikan ini menjadi tanggungjawab MAIS bagi merealisasikan hasrat MAIWP untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan banjir di Negeri Selangor pada tahun 2021 yang lalu.

Pembinaan rumah bantuan banjir ini melibatkan mangsa-mangsa banjir dalam kalangan asnaf zakat yang terkesan di daerah-daerah Negeri Selangor iaitu daerah Sepang (6 unit), daerah Klang (4 unit), daerah Petaling (3 unit), dan daerah Hulu Langat (7 unit) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 20 unit rumah.

Majlis simbolik penyerahan bantuan rumah bina baru kepada penerima sumbangan ini disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS hari ini.

Turut hadir Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan Tuan Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Majlis simbolik bantuan yang diadakan hari ini dengan tujuan simbolik penyerahan rumah kepada 20 asnaf mangsa banjir di Negeri Selangor dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM1.86 juta manakala lebihan sebanyak RM1.12 juta diperuntukkan bagi membaik pulih bangunan warden dan asrama serta bangunan lama di Pusat Pengajian Pondok Bustanul Ariffin, Kampong Labohan Dagang.

MAIS mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak MAIWP kerana prihatin kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Selangor serta menyumbang bantuan kewangan kepada golongan sasar seperti asnaf zakat yang memerlukan.

MAIS berharap agar bantuan bina rumah asnaf mangsa banjir ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh penerima-penerima sumbangan dan seterusnya menjadikan institusi kekeluargaan itu lebih harmoni pada masa akan datang.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor