PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

LAWATAN KE PENJARA PENOR – Kongsi Pengalaman Pengurusan Kelas Tahfiz Al-Quran


KUANTAN, 22 Mac –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan lawatan ke Penjara Penor hari ini.lawatan ke Penjara Penor hari ini.

Lawatan MAIS bertujuan melihat pengurusan Penjara Penor dalam mengendalikan Kelas Tahfiz Al-Quran untuk dilaksanakan di Institusi Penjara dalam Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia.

Delegasi MAIS seramai 20 orang pegawai diketuai oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS disambut mesra oleh Tuan Ahmad Ikhwan Naim Mohf Zin, Timbalan Pengarah Penjara Penor.

Antara lain dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas berkaitan pengurusan Tahfiz Baitul Hikmah, Penjara Penor.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama yang erat antara MAIS dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam meneruskan kesinambungan pembelajaran  Al-Quran sehingga ke peringkat tahfiz di dalam penjara.

Turut hadir dalam lawatan MAIS ialah Ustaz Mohamad Zamri Mohamed Shapik,Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM; Tuan Haji Abd Halim Saljadi, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Islam JAIS dan Ustaz Zainudin Johari, Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Daerah LZS.

Berita MAIS

Comments are disabled.